Posted by admin | Posted in Umum | Posted on 01-01-2010
7
Yes! First post aku di alam siber dalam blog peribadi aku ni di pagi tahun baru 2010. Aku memang ternanti-nanti la tahun baru ni. Sebab aku akan mulakan dengan azam baru dan semangat baru sama-ada pelajaran ataupun online business yang aku dah buat part time hampir setahun ni.
Awal tahun baru 2010 aku mulakan dengan YM conference dengan rakan-rakan online aku yang banyak bagi semangat, nasihat, kutukan, kritikan, selama aku bergiat dalam bisnes online ni. Yang ada malam tadi tak pergi celebrate new year antaranya qrodat, kekuda, dilemma, azhar, catzer dan ramai lagi. Semua takut mak marah kot keluar malam-malam ni.
Sambil-sambil aku conference tu, aku lepak kat chatroom FuhyooFM. Berchatting dengan Sifu-Sifu IM Malaysia macam Raja Kamil, Zamrin, Rohaizad, Smartzul, dan ramai lagi. FuhyooFM ni konsep dia siaran radio internet. Just buka website dia dah boleh dengar radio (lepas install plug-in).
Azam aku tahun ni aku nak lebih fokus dengan apa yang aku buat selama ni. Kadang-kadang aku keliru apa yang aku nak buat. Semua benda aku nak buat lebih-lebih lagi tentang cara cari duit online ni. Aku kena tetapkan, apa yang aku nak buat. InsyaAllah.
Posted by admin | Posted in Bisnes | Posted on 25-12-2009
8
Pada 12/12/2009 hari tu, atas usaha dan inisiatif saudara Jnal dan rakan-rakan dari forum WangCyber.com telah pun selesai menganjurkan seminar ala-ala gathering eBay di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM Serdang.
Ramai juga rakan-rakan WC yang hadir di seminar tu. Sampaikan aku yang newbie lagi mentah lagi dalam bereBay ni pun hadir walaupun jauh di Melaka untuk menuntut ilmu-ilmu eBay. Pada asalnya aku tak pasti boleh hadir ke tak sebab bos aku lambat approve cuti aku. Apa la, hari sabtu pun kena kerja. Nak buat macam mana, kalau ponteng kang, tak cantik la aku punya keputusan untuk Latihan Industri nanti. Hehehehe..
Ok, berbalik kepada seminar ni, ianya dimulakan jam 8.30 pagi katanya (aku pun tak tahu exact time sebab baru bertolak dari melaka kul 8.30 pagi) dengan kata-kata aluan dari saudara Jnal dan lepas tu Sifu Zacky sebagai speaker utama take over seminar ni sampai kul 1.00 petang. Banyak tools-tools untuk research barang eBay yang dikongsi oleh Zacky untuk kitorang semua. Sampai penat la tangan nak menulis URL website yang dibongkarkan tu. Kemudian, rehat selama 1 jam sebab air liur Sifu Zacky dah kering katanya. Hehehe.
Posted by admin | Posted in Semasa | Posted on 14-12-2009
12
Panas. Panas.!
Lepas kejadian kemalangan kereta terjun dari bumbung bangunan di KB Mall kelantan baru-baru ni yang mengakibat kematian pelajar Kolej Masterskill, Jusco Bandaraya Melaka, yang dikatakan Jusco terbesar di Malaysia (Jusco Tebrau pun kalah) pula meletup dengan jayanya.!
Wah.! Menyeramkan…..
Mula-mula aku dapat berita ni aku pun x percaya. Tapi, lepas banyak blog-blog dan berita online Malaysia menyiarkan berita ni, aku pun mula percaya. Proses pembinaan Jaya Jusco ni memang dikatakan paling cepat dalam sejarah pembinaan bangunan di Malaysia. Kejap je dah siap hasil pemerhatian aku yang duduk di Melaka ni kerana menuntut ilmu di UiTM Bandaraya Melaka. Dengar cerita kerana gas bocor di Old Town White Cafe, salah satu penyewa premis di dalam Jusco tu.
Aku masukkan sekali gambar-gambar dan berita-berita semasa kejadian petang tadi.
Posted by admin | Posted in Semasa | Posted on 10-12-2009
14
Friendster jadi hak milik Malaysia.? Betul ke ni.? Tak mungkin ini semua terjadi.! Masa mula-mula aku dapat cerita ni beberapa jam yang lalu pun aku x percaya jugak, dalam hati kecil berkata “mampu ke syarikat Malaysia nak beli Friendster.com ni ?”
Sejak kebelakangan ni, hasil pemerhatian dan statistik yang dijalankan oleh aku, hampir semua kawan-kawan aku di friendster semuanya berhijrah ke Facebook.com, yang pada pendapat aku memang syiok..! Macam-macam aplikasi games, dan lain-lain yang disediakan oleh facebook. Untuk usahawan-usahawan internet, Facebook juga satu medium untuk memasarkan barangan-barangan mereka menggunakan Facebook Ads. Eh, macam-macam la yang best pasal Facebook ni. Kalau sehari tak buka Facebook, rasa macam tak lengkap pulak rasanya hidup ku ini.
Ok, berbalik kepada tajuk, Friendster hampir sah menjadi kepunyaan syarikat yang beroperasi di Malaysia dan menjalankan perniagaan seluruh dunia. Apa nama syarikat tu? Hehe.. Syarikat yang mengambil alih seluruh sistem operasi Friendster.com ialah syarikat MOL Global Pte. Ltd., anak syarikat MOL AccessPortal Berhad yang antara pemegang terbesar saham ialah Tan Sri Vincent Tan,Pengurusi dan CEO Berjaya Corporation Berhad yang merupakan antara syarikat yang membuat keuntungan tahunan lebih kurang RM 1.8 Billion. WoW.!
Ada sumber yang belum sahih mengatakan bahawa MOL membayar lebih daripada USD 100000 untuk melengkapkan transaksi ni. Banyak juga tu. Apa ada hal, backup kewangan besar. Aku harap MOL dapat menjadikan Friendster.com ni lebih menarik dan interaktif. Polisi-polisi lama yang dah lapuk dan tak sesuai dengan peredaran zaman sekarang ni dirombak semula dan sesuai dengan budaya Malaysia yang lebih ketimuran.
Posted by admin | Posted in Semasa | Posted on 05-12-2009
8
Wah..! PC Fair 2009 datang lagi.
Untuk mereka yang gilakan gadget-gadget ataupun barang-barang komputer, memang event ni antara yang ditunggu sepanjang tahun. Sebab, masa ni la manufacturer product akan turunkan harga walaupun tak banyak kepada pengunjung-pengunjung.
Mengikut pemerhatian aku yang tak seberapa nih, hari sabtu adalah pengunjung paling ramai sekali, mungkin sebab hujung minggu kot, jadi kalau nak pergi PC Fair ni, better pergi hari jumaat atau ahad, sebab x ramai orang yang datang dan boleh la berjalan-jalan dengan senang hati.haha.! Lebih-lebih lagi PC Fair di KLCC. MasyaAllah. Tersangat ramai la orang lembah klang yang datang.
Untuk korang yang nak beli apa-apa masa PC Fair ni, pastikan barang yang korang beli tu adalah 100% original, bukan tiruan (ada kes laptop Acer dan Compaq tiruan dijual kat PC Fair) sebab nanti susah nak claim warranty kalau barang tiruan.ngeh3.!